8 jenis makanan yg paling baik mencegah penyakit
󾮟الرمان delima
󾮟الروب yogurt
󾮟الثوم bawang putih
󾮟البصلbawang besar
󾮟الشاي الأخضرteh hijau
󾮟الشوفان oat
󾮟القرع labu
󾮟البروكليbrokoli
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ثلاثة أشياء تمرض الجسم :
Tiga perkara membawa penyakit
1) الكلام الكثير .banyak bercakap
2) النوم الكثير .banyak tidur
3) الأكل الكثير .banyak makan
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة أشياء تهدم البدن :
Empat perkara merosakkan badan
1) الهم .dukacita
2) الحزن .sedih
3) الجوع .kebulur
4) السهر .tak tidur mlm
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تزيد في ماء الوجه وبهجته :
Empat perkara menambah seri wajah
1) التقوى .taqwa
2) الوفاء .jujur
3) الكرم .pemurah
4) المروءة .jaga kehormatan
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تجلب الرزق :
Empat perkara menarik rezeki
1) قيام الليل .qiamulail
2) كثرة الاستغفار بالأسحار.byk istighfar waktu 2/3mlm
3) تعاهد الصدقة .biasa bersedeqah
4) الذكر أول النهار وآخره.berzikr waktu awal pagi dan petang
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تمنع الرزق empat perkara menjauhkan rezeki
1) tidur waktu pagi
2) Sedikit bersolat
3) Malas
Kalau anda kagum dgn kalimah2 ini jgn kedekut untuk sebarkan kpd kawan2mu dan org yg anda kasihi :)





Makhluk yang diciptakan dengan pilihan bebas tidaklah berada dalam keadaan terpaksa (majbur) untuk mengikuti bimbingan Ilahi. Memang benar bahwa manusia boleh memperoleh / menilai dengan akalnya sendiri tentang apa yang baik dan apa yang buruk, apa yang bermanfaat dan apa yang tidak bagi dirinya sendiri.Tetapi yang lebih sering terjadi adalah apabila akal tersebut menyerah kpd kecenderungan-kecenderungan hawa nafsu, hatta kadang-kadang akal juga melakukan kekeliruan. Kekeliruan ini menunjukkan bahawa bimbingan ilahi harus diberikan melalui jalan tambahan selain akal, suatu yang sepenuhnya bebas dari kesalahan. Dengan kata lain, setelah membimbing manusia untuk memahami perintah-perintahNya secara umum melalui akal, Dia (Tuhan) mesti memperkuat pemahaman tersebut dengan cara lain.

Lagi pula,berdasarkan ketetapan ilahi, semua keberadaan (wujud) mengalami perubahan dan prkembangan menuju kesempurnaan. Seperti contoh, benih yg ditanam bercmbah menjadi tanaman kecil, pohon besar, dan pada akhirnya berbuah. Puncak kesmpurnaan pohon adalah ketika dia memberikan buah-buahan segar. Sperma mengalami perubahan menjadi segumpal darah, segumpal daging, kemudian tulang, bentuk janin, hingga akhirnya terlahir menjadi bayi yang sempurna. Ya, fenomena ini berlaku pada seluruh keberadaan di alam semesta. Semua keberadaan bergerak menuju kesempurnaan masing2 secara alami. Dan setiap makhluk mengetahui jalan dan cara mencapai tujuan penciptaannya. Manusia pula berbeza dengan makhluk-makhluk lain yang tidak memiliki ikhtiar (pilihan) dalam menempuh proses perubahan menuju kesempurnaan (rujuk atas). Manusia walaupun mampu memilih tujuan hidupnya yg dianggap sebagai kesempurnaan. Namun firman Allah ada mngatakan : "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu". Nah disini perlunya 'bimbingan ilahi untuk mengelakkan manusia drpd tersesat. Dan ianya adalah utusan kenabian. Melalui jalan kenabianlah,Tuhan Yg Maha Tinggi mngajarkan perintahNya kepada salah seorang hambaNya melalui wahyu, dan menugaskan baginda menyampaikan perintah-perintah tersebut kepada umat manusia lalu mengajak mereka utk mengikutinya.
   










Salah satu cara Tuhan menunjukkan kasih sayang kepada hambaNya adalah dengan meletakkan penyesalan di belakang setiap kesalahan manusia .
Tuhanku, Apalah yang seseorang itu dapat jika kehilangan kamu , dan apa pula yang hilang dari seseorang bagi yang telah menemukan Mu ? Sungguh telah merugi orang orang yang rela dengan selainMu sebagai penggantiMu .
Teringin sekali aku mencium kain kiswahmu, tangisan rindu ini masih belum reda kerana sekian lama mendambakan tawaf di Mekah Mu.


نجف ، کاظمین ، نینوا ، سمراء ، مشهد همه جا رفتم ولی فقط خانه تو موند و مدینه تو باقی ست
اللهم ارزقنا زیارة بیت الله فی مکه المکرمه
اللهم ارزقنا زیارة جدنا سیدنا محمد مصطفی فی مدینة المنوره


Kamu harus menjadi seorang anak perempuan untuk memahami bahawa yang terpenting di dunia ini adalah bahu seorang ayah.Kamu harus menjadi seorang anak perempuan untuk memahami bahawa ketenangan hanya ada pada pelukan seorang ayah, bukan tempat lain.Kamu harus menjadi seorang anak perempuan untuk memahami bahawa hanya ayah lelaki yang mampu membuat kita jatuh cinta tanpa sebab.Kamu harus menjadi seorang anak perempuan untuk memahami bahawa hanya ayah yang memiliki kasih sayang dengan penuh ketulusan.Kamu harus menjadi seorang anak perempuan untuk memahami bahwa tawa dalam suka maupun duka, dia tetap mampu membuat kita tertawa.Kamu harus menjadi seorang anak perempuan untuk memahami bahwa tanpa ayah, dunia seakan tanpa warna. 
Manusia ada pelbagai arah dan cara untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Dan kadang kadang manusia sendiri tidak sedar perbuatan seseorang itu sebenarnya membawa kepada kedekatan antara hamba dan RabbNya.Ada yang ambil cara jauh dan ada yang ambil cara mudah. Ada yg dengan cara menguatkan akidah mereka ,ada yang mendalami & menghayati segala musibah , ada yang dengan berzikir, ada yang berkomunikasi dengan Tuhan, ada yang bertawasul dengan mereka yang Mulia disisi Tuhan, dan selanjutnya. Jalan manusia memang satu menuju kepada makrifat Ilahi , namun ianya tidak membataskan manusia mengingatkan Tuhan dengan hanya berzikir. Hatta even berzikir sekalipun tanpa pembawaan hati nurani ke dalam pembacaan masihkah ianya dianggap zikir yang hakiki?
Fatimah a.s lahir di tengah-tengah masyarakat yang sibuk menuhankan kekolotan,Lahir diantara ribuan bayi-bayi perempuan lainnya yang dikubur hidup-hidup.Namun, datangnya Muhammad sang pencerah membawa panji Islam yang mengedepankan hak perempuan.Namun, Khadijah tak malu dan tak ragu atas anugerah Tuhan terbesar.Sehingga Tuhan mewahyukan kepada NabiNya, Inna a'taynaka al-Kautsar. Benar, Fatimah simbol Muslimah, simbol keagungan, simbol kekuatan, simbol keyakinan, simbol kesederhanaan, simbol teragungnya wanita di mata Islam, simbol peranan wanita dalam lingkungan sosial-masyarakatnya, simbol wanita dalam keluarga yang sakinah, simbol cinta terbesar. Sehingga Tuhan menyatakan al-Kautsar sesuatu kebaikan yang besar/banyak . 

Lembaran sejarah mencatat kelahiran manusia agung yang memainkan peranan penting di kalangan masyarakat. Perempuan juga hadir dalam pelbagai bidang dari sosial, politik hingga budaya yang mengubah sejarah dunia. Oleh kerana itu, mereka disebut sebagai para wanita penentu sejarah. Sayidah Zainab Kubra merupakan salah satunya.Putri Ali bin Abi Thalib ini dilahirkan pada tanggal 5 Jamadil Awal tahun kelima Hijriah di Madinah. Beliau diasuh dan dibesarkan oleh manusia agung sepanjang sejarah yaitu, Nabi Muhammad Saw, Imam Ali dan Sayidah Fatimah. Selain itu, beliau adalah saudari dari dua pemuda penghulu surga, Imam Hasan dan Imam Husein. Salam kegembiraan atas kelahiran cucu ketiga Rasulallah kepada mereka yang mencintai ahlibayt a.s

Tiada kegembiraan yang terhebat melainkan dengan kedekatan antara dua perhubungan yang berwasilahkan hujjat Tuhan . Syukran lillah masih mampu menghirup udara Allah dan masih diberikan kurniaan untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang abd' kepada penciptaNya
Aku sudah lewati dan meninggalkannya hampir sebahagian umur ku dahulu dan kini aku bangkit lalu kembali semula.





Setiap manusia terlahir dari rahim ibu,Kerana itu seorang wanita adalah sumber dari segala kebaikan yang dilakukan setiap manusia yang pernah hidup . Sentiasa doakan ibu dan bapa !


   


Jika suatu malam sepi nanti ku mengunjungimu ,Ya Zaynab, kan ku bisikkan suara kerinduanku di celah dzarihmu. Wahai Ammati Zaynab , ketabahanmu , kesabaranmu banyak mengajarku. BERBAHAGIALAH DUHAI SYUHADA, BERBAHAGIALAH DUHAI YG TRRDZALIMI, BERBAHAGIA LAH DUHAI CUCU AHLIBAIT MUHAMMAD S.A.W.

INFO ASYURA : Beberapa keindahan yang berlaku di Karbala dalam peristiwa Asyura pada hari ke 10 Muharram tahun 61 H) :


1. Permohonan terindah adalah dari isteri Zuhair bin al-Qain yang memohon agar suaminya turut menemani Imam Husain as.

2. Taubat terindah adalah yg dilakukan oleh al-Hurr ar-Riyahi yang akhirnya turut bergabung bersama pasukan Imam Husain as.

3. Kesetiaan terindah adalah kesetiaan al-Abbas as yang tidak meminum air dan membiarkan kehausan membakar tenggorokannya hingga saat kesyahidannya.

4. Pertarungan terindah adalah pertarungan Ali al-Akbar yang diriwayatkan bahawa paras rupanya sangat mirip dengan datuknya iaitu Rasulullah saw.

5. Sikap terindah adalah yang dilakukan olen Ummu Wahab yang melemparkan kembali kepala puteranya yang syahid dengan penuh kegigihan.

6. Jawaban terindah adalah jawaban al-Qasim bin Imam Hasan al-Mujtaba as ketika ditanya oleh Imam Husain as : "Bagaimana kematian menurutmu?" Dia menjawab : "Lebih manis dari madu." 

7. Hadiah terindah adalah yg diberikan oleh Sayyidah Zainab al Kubra as yang telah mempersembahkan kedua puteranya iaitu 'Aun dan Muhammad demi membela Imam Husain as.

8. Solat terindah adalah yang dilakukan pada hari 10 Muharram kerana dilakukan bersamaan dengan hujan tombak dan panah.

9. Pengorbanan terindah adalah yg dilakukan oleh Abdullah bin al-Hasan yang menghulurkan tangannya demi melindungi Imam Husain as (bapa saudaranya) namun terpenggal.

10. Khutbah terindah adalah khutbah yang disampaikan oleh Imam Ali Zainal Abidin as-Sajjad as dan Sayyidah Zainab al Kubra as.

11. Dan yang paling terindah dari kesemuanya ialah ucapan Sayyidah Zainab al Kubra as ('Aqilah Bani Hasyim) iaitu : "*Aku tidak melihat selain keindahan*." #AGHOQaraati

Sekadar Coretan

Bagi mereka yang selesa dengan beragama, agama yang diwarisi dan mendapat tempat dalam beragama maka soalan-soalan seperti,
Di manakah Tuhan, membiarkan kezaliman penindasan terjadi pada makhluk yang lemah ini ?,
Kenapa Dia berada disebalik sesuatu, ghaib bagi pandangan kita bukankah lebih mudah berinteraksi jika ada di depan mata? Jika Dia maha berkuasa, kenapa tidak mampu menzahirkan diri?
Rintihan dan doa yang sepi tanpa jawapan, apakah Tuhan itu bisu atau buta, barangkali sudah mati?
ia adalah soalan berbentuk mulhid dan mushrik, yang membinasakan iman seseorang malah jawapan seperti ini tidak dibalas dengan hujah tetapi lebih kepada kritikan dan rasa jelek dengan si penyoal tadi. Biasa juga dinasihati kita sebagai makhluk tidak layak untuk mempertikai itu dan ini di depan Tuhan, jangan bersikap kurang ajar dan harus bersyukur dengan apa yang ada supaya lebih mendekatkan diri pada Tuhan dan semoga semua tindakkan itu kita mendapat belas kasihan dari Tuhan.
Ketika temanku seorang yang islamik, yang melihat tugas manusia ini adalah berdakwah kepada Tuhan, sering menasihatiku kepada takwa, siapa sahaja yang dia bertemu akan dinasihati bertakwalah pada Tuhan namun pada suatu hari aku pun bertanya pada temanku itu ‘ Apa maksud takwa akhi?’, dia terdiam. Arwah bapa saudaraku juga pernah bertanya padaku apakah maksud ‘ iqtakullah, diterjemahkan oleh khatib jumaat dengan takutlah kepada Allah, kenapa makhluk harus diselubungi rasa takut, apakah Tuhan itu suatu yang menakutkan ? Aku juga pernah berkata pada teman sebayaku, “ jika kita beramal kerana syurga kenapa tidak saja berniat bahawasanya setiap amalan ibadahku untuk syurga bukan Allah?” langsung ditempelak “ hang kena mengucap balik ni?”
Sikap apologetik tidak seharusnya dimatikan dengan gertakan dan ungutan tetapi biarlah dengan hujah akal kerana sipengkritik terkadang bukan bermasalah dengan Tuhan tetapi gambaran ketuhanan yang diberikan oleh ‘ Pak Ustaz’ separuh jalan atau tidak jelas termasuk juga pendakwah-pendakwah muda yang bersemangat dalam berdakwah namun tidak menguasai teologi dengan baik. Fenomena ini aku lihat lebih kepada interaksi sikap pendakwah itu sendiri yang membuatkan jiwa sipengkritik membuak-buak dan melenting yang akhirnya menjauhkan diri dari hidup beragama. Agama untuk apa sih?!
Untuk menjawab, kita ada dua pilihan sama ada dalam bentuk huraian atau jadal iaitu mematikan dengan hujah, biasanya jadal menjadi pilihan tetapi ia tidak tuntas untuk masa yang mendatang. Jalan burhan ini mengambil masa, masa untuk memahami. Yang sering terjadi permasalahan ini adalah akal kita mengambarkan Tuhan itu adalah suatu entiti yang sepertimana juga kita, yang membezakan adalah Dia Maha berkuasa segala-segalanya, kerana Dia mencipta segalanya dan segalanya adalah milikNya.
Kesedaran kita terhadap realiti itulah yang akan memandu akal kita meniti mengenal Tuhan secara rasional, bagaimana? Kamu menafsirkan Tuhan begitu begini dari mana? Dari pengkhabaran? Pengkhabaran secara mutawatir? Itu beerti kamu mengenal Tuhan secara pengkhabaran bukan melalui logik akal kamu? Dari susunan premis akal? Premis akal mengatakan bahawa tidak mungkin alam ini terjadi dengan sendirinya maka Tuhan itu ada? Bagaimana premis ini terhasil? Premis ini terhasil dari interaksi kamu dengan alam ini, sehingga menghasilkan kesimpulan. Apakah interaksi kita dengan alam diluar minda ini adalah suatu realiti sehingga kita boleh membuat kesimpulan bahawa adanya Tuhan? Soalan-soalan ini sudah terjawab dan sedang mengalami kemajuannya dalam ontologi dan juga epistemologi, ia akan memandu akal kita bahawa realiti ini tidak lain tidak bukan adalah Tuhan.
Sebelum kita mengkritik, ketahuilah jika dibandingkan pengetahuan kita dengan kejahilan kita, berapa banyakkah pengetahuan kita berbanding kejahilan kita? Mungkin jika kita sedar, kita sebenarnya tak mengetahui apa-apa cuma yang kita miliki adalah secebis ilmu. Mencarilah, kerana aku juga pernah begitu, aku memiliki sedikit jawapan mengenai ketuhanan ini secara rasional tetapi bukan disini untuk dikongsi, dilain waktu.

Kesempurnaan Agama I


Hujan merintis gerimis di pagi hari, aku berjalan sambil menyenteng kainku ku agar tidak dibasahi percikan air hujan yang jatuh ke tanah. Berjalan-jalan di taman halaman madrasah yang dihiasi kolam dan pepohonan yang menyegarkan namun ia tidak dapat menenangkan hatiku yang gusar. Kusut dan bersimpul raut akalku bersama jiwa yang resah kerana fikirku apa gunanya aku sibukan diri dengan kitab falsafah yang penuh dengan istilah-istilah yang aneh sedangkan umat islam saling berbunuhan atas nama sengketa mazhab, di manakah rahmatnya agama ini? di mana silapnya?
Aku menyakini dan beriman bahawa Tuhan itu Maha bijaksana, Dia Hakim dan oleh sebab itu setiap perkara yang dijadikannya memiliki tujuan tertentu.
“أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا”
(Maka apakah kamu mengira bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara sia-sia...)
Tuhan itu Hakim dan juga Adil maka agama yang diturunkanNya kepada manusia meliputi maslahah dan menghindari mafsadah kehidupan didunia mahupun kehidupan di akhirat kelak.
Agama membawa kesejahteraan manusia bukan membunuh manusia atas nama agama. Agamaku tidak mengajar membenci agama lain, agamaku mengajar menyelamatkan dan mempertahan kelangsungan kehidupan manusia.
Aku juga tidak bersetuju dengan Marxist yang meletakan manusia segalanya, humanism bukanlah batu ukur kebenaran untuk menyelamat manusia, Karl Marx di dalam Critique of Hegel’s Philosophy of Right menyatakan :
“Manusialah yang membentuk agama, bukan agama yang membentuk manusia…”
Jadi pendirianku manusia harus mengikut agama bukan agama mengikuti manusia, namun apa yang terjadi hari ini adalah keganasan manusia atas nama agama, membunuh, melempiaskan hawa nafsu atas nama agama, dimana rahmatnya?
Di dalam menjaga hak-hak manusiawi dalam kebebasan beragama aku tidak meminggirkan kebenaran agama dan mazhab. Kebenaran tetap satu sebagaimana hadis 73 firqah, namun sebagai manusiawi aku mencari kebenaran yang satu itu dan aku ingin tampilkannya kerana aku percaya semua manusia yang pelbagai aliran dapat bernaung dibawah rahmatnya. Mereka akan selamat!
Selama 3 hari jiwaku memberontak untuk mengatakan sesuatu setelah aku bertafakur pada ayat 3 dan 67 surah Al-Maaidah, suatu yang mungkin baharu bagi teman-temanku, mungkin juga suatu penentangan. Ah, pedulikan!!
Agamaku berfirman :
الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
“ Pada hari ini, orang-orang kafir telah berputus asa dari agama kamu, oleh sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku redhakan islam itu menjadi agama untuk kamu”
Tuhan semesta alam telah mengangkat Nabi Muhammad saw sebagai UtusanNya, dan Dia berkata Aku telah sempurnakan agamamu, Aku cukupkan nikmatmu dan Aku redha islam sebagai agamamu. Ada tiga tema penting dalam ayat ini, Kesempurnaan agama, lengkapnya nikmat dan Keredhaan Pencipta atas agama ini.
Udara terasa dingin sekali dengan tiupan angin, aku melangkah menuju ke kamarku menyediakan sekancir the yang ditambahkan sedikit haruman za’faron. Aromanya tidak dapat menyelesaikan kekhuatiranku.
Mungkin ada manusia cuba menyangkah omonganku tadi dan berkata kepadaku, “engkau telah memotong ayat Tuhan,mangambilnya pertengahannya sahaja, di mana pangkal dan di mana hujungnya?! Engkau hanya mengambil bahagian-bahagiannya kemudian menakwil mengikut hawa nasfumu!
Ya, aku mengambil bahagian tengah dari ayat ketiga ini, tetapi ketahuilah teman,ayat ini adalah ayat mutaaridah, ayat yang jika ketiadaannya tidak menganggu maksud asal ayat yang ada, ayat tiada hubungan secara lansung dengan pangkal dan hujung ayat yang terdapat dalam aya ketiga dalam surah Al-Maaidah ini. Pangkal dan hujung ayat adalah berkaitan dengan masalah fiqh, hukum halal dan haram sedangkan ayat ini berkait perbahasan akidah.( untuk kalian memahami apa maksudku ini, kalian harus rujuk ayat 3 dalam surah Al-Maaidah dan aku juga telah membuat rujukkan beberapa tafsir mengenai hal ini.)
Sekarang aku ingin membuka kunci-kunci yang terdapat dalam ayat ini supaya kalian semua dapat memahami kegusaranku, kenapa agama yang telah sempurna ini, yang telah lengkap malah telah diredhai tetapi gagal dalam misinya membawa rahmat kepada manusia, malah hari ini manusia paling ramai mati atas nama sengketa agama dan dimanakah rahmatnya?! Apakah agama ini penyebab pupusnya etnik manusia dimuka bumi ini?!
Kata Kunci
أَكْمَلْتُ = Aku sempurnakan
أَتْمَمْتُ = Aku lengkapkan
Sebelum anda menekan dua kata kunci ini untuk membuka halaman seterusnya aku perlu membawa satu lagi ayat untuk menjelaskan maksudku, ayat 40 surah Al-Ahzab ;
مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ
“ Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang lelaki diantara kamu, tetapi dia adalah utusan Allah dan penutup para nabi…”
Kata kunci ayat ini adalah (خَاتَمَ النَّبِيِّينَ), Apakah maksud (خَاتَمَ)? Setelah aku huraikan kata kunci ini, aku akan kaitkan dengan dua kata kunci yang aku katakan tadi supaya “password” itu menjadi sempurna.
Maksud (خَاتَمَ)
(خَاتَمَ) maksudnya penutup atau penamat bagi sesuatu. Ahli bahasa ada yang memaknakan ia sebagai “ism faail” yang bermaksud “ penamat” dan ada yang berpendapat ia sebagai ism maf’ul iaitu tamat atau dalam erti kata yang lain dengan berwasilahkannya sesuatu itu menjadi selesai dan tamat. Bila aku sebut “penamat atau penutup” terdapat dua perkara iaitu sesuatu yang menamatkan dan sesuatu yang ditamatkan, Rasulullah saw menjadi penamat bagi seluruh para nabi, bermula Nabi Adam a.s sehingalah penutupnya adalah Nabi junjungan Muhammad saw.
Adakah maksud penamat disini sekadar orang yang terakhir sebagai nabi yang berada dalam giliran? Tidak, bukan sahaja orang yang terakhir malah terakhir bagi makam nubuwwah (خَاتَمَ النَّبِيِّينَ), apakah maksudnya?
Maksudnya selain kewujudan manusia mendapat makam nabi, makam nabi itu sendiri iaitu yang mendapat khabar berita wahyu turut sampai pada garis akhirnya, apabila Alquran menyatakan nabi Muhammad saw adalah “khatamul anbiya’” maksudnya Nabi Muhammad adalah utusan yang terakhir menerima wahyu agama, setelahnya tiada lagi diturunkan wahyu agama, bukan sekadar manusia terakhir menjadi Nabi!
Persoalan?
Apabila makam Nabi sudah ditamatkan, dalam erti kata yang lain apabila khabar wahyu agama telah ditamatkan dengan Khatamul Anbiya iaitu baginda Rasulullah saw beerti tiada lagi khabar wahyu akan diturunkan, beerti agama yang lengkap, terakhir dan diredhai oleh Allah adalah agama islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.
Apakah kesempurnaan agama kerana tiada lagi khabar wahyu?
Apakah kesempurnaan agama kerana khatamul anbiya sebagai pengesahan yang kontrak ini sudah selesai?
Apakah kesempurnaannya kerana hukum ahkam mengenai agama diturunkan secara lengkap?
Yang jelas wahyu agama itu diturunkan secara berperingkat dan Nabi Muhammad saw adalah penutup segala Nabi, beerti tiada lagi wahyu agama diturunkan setelah baginda nanti, namun bagaimana kesempurnaan agama ? Bagaimana agama disempurnakan? Inilah yang aku ingin kaitkan dengan ayat 3 dalam surah Al-Maaidah.
Agama mencapai tujuannya apabila terdapat 3 faktor ini :
1- Asas utama agama adalah dengan penurunan wahyu berwasilah utusan Allah.
2- Penyampaian wahyu, penjagaan wahyu dan penerangannya.
3- Pelaksanaan, jika tiada perlaksaan dan pratikalnya maka tiada faedahnya wahyu itu diturunkan.
Sekarang, aku mohon sila beri perhatian apa yang aku ingin katakan, kalian baca kembali apa yang ingin disampaikan oleh ayat 3 surah Al-Maaidah ini, kalian kerahkan segala otak kalian, ilmu kalian untuk membuka rahsia disebalik ayat ini, ayat yang menjadi kunci permasalahan umat masa kini.
Maksud کمل (sempurna) dan تمم (lengkap)
Terlebih dahulu aku akan kupas maksud:
أَكْمَلْتُ = Aku sempurnakan
أَتْمَمْتُ = Aku lengkapkan
Menurut ahli bahasa yang terkenal, Raghib Isfahani di dalam kitab ‘Mufradad’nya kalimah (اتمام) dari kata akar (تمم) yang bermaksud :
تمام الشئ : انتهاؤه إلی حد لایحتاج إلی شئ خارج عنه و الناقص ما یحتاج إلی شئ خارج عنه
“ lengkap sesuatu maksudnya : sesuatu itu mencapai pada had yang ia tidak perlukan lagi sesuatu lain yang luar dari(bahagian) nya dan kurang itu adalah sesuatu yang memerlukan sesuatu yang luar atau lain yang (bahagian)darinya”
Manakala (اکمال) dari kata akar (کمل) bermaksud :
کمال الشئ حصول ما فیه الغرض منه فإذا قیل کمل ذلک فمعناه حصل ماهو الغرض منه
“ Kesempurnaan sesuatu apabila terhasil baginya tujuannya, apabila dikatakan sesuatu itu sempurna, ertinya telah terhasil apa yang dikehendaki darinya”
Oleh demikian, tingkatan bagi maksud ‘أَكْمَلْتُ’ ( Aku sempurnakan) lebih tinggi maksudnya dari ‘أَتْمَمْتُ’ (Aku lengkapkan) kerana setiap yang sempurna itu pasti lengkap tetapi setiap yang lengkap itu belum tentu sempurna. Kebiasaan maksud kesempurnaan itu pada kualiti setelah cukup baginya kuantiti. Contohnya lengkap dan sempurna boleh dilihat dalam ciptaan manusia;
Lengkap:
‘Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging.Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang lain.Maka maha Suci Allah, Pencipta Yang Paling Baik’
(14: Al Mukminuun)
Sempurna:
‘Dan Aku tidak akan menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu’
(56: Adz-Dzaariyat)
Baiklah, teman-teman sudah faham apa itu sempurna? Aku katakan tadi 3 faktor menjadi agama itu sempurna iatu bukan sahaja lengkap tetapi mencapai tujuannya :
1- Penurunan wahyu
2- Penyampaian, penjagaan dan penerangan.
3- Pelaksanaan.
Penurunan Wahyu
Berdasarkan worldview atau pandang alam tauhidi, Pencipta hanya Allah swt,maksudnya Pencipta alam ini hanya Allah swt tiada sekutu bagiNya. Oleh demikian ketika mana wujud ini hanya datang daripada Allah swt maka pemilik tunggal alam ini hanya lah Allah swt yang memiliki alam ini secara hakiki. Disaat alam ini diciptaNya dan pemilik tunggal secara hakiki adalah Dia maka yang berkuasa sepenuhnya mentabir alam ini juga hanyalah Allah swt, Dialah selayaknya memandu manusia yang tidak maksum ini menuju kepada tujuan ciptaannya maka oleh demikian secara rasionalnya wajib diturunkan wahyu sebagai kanun,syariat yang membimbing manusia ke arah tujuan penciptaannya. Dari situ Nabi diutuskan untuk menyampaikan wahyu ini.
Ada tiga faktor yang penting bagi agama pada fasa ini:
- Dalam makam wahyu Nabi dikhabarkan tidak berbicara melainkan wahyu;
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى ()
“ Dan tiada yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapan itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan”
- Dalam makam penyampaian wahyu, Allah khabarkan baginda tidak bakhil dalam menyampaikan wahyu ;
وَمَا هُوَ عَلَى الْغَيْبِ بِضَنِينٍ
“ Dan dia bukanlah seorang yang bakhil untuk menerangkan yang ghaib”
- Apa yang diperlukan oleh umat manusia sehingga hari kiamat telah diturunkan kepada jiwa baginda Rasulullah dalam bentuk wahyu.
مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ
“ Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam Al-Kitab”
Maka pada fasa pertama ini, agama telah lengkap pada kedudukannya kerana tiada apa yang tertinggal kerana kelengkapanya ada jaminan dari Allah swt.
Penerangan dan Pengawasan
Pada fasa kedua ini, wahyu agama islam akan bersama manusia sehingga hari kiamat kerana ia adalah agama terakhir dari Tuhan semesta alam dan manusia sentiasa memerlukan bimbingan wahyu untuk memandu manusia menuju tujuan ciptaannya. Di samping menyampaikan wahyu, Rasulullah juga menerangkan, menafsirkan, mendetailkan yang umum seperti solat, zakat, puasa dan lain-lain yang memerlukan bimbingan utusan Allah. Dalam fasa ini agama memerlukan seorang utusan untuk menjaganya dari tahrif dan penyelewengan dari segi makna dan maksud kerana dari segi fasa pertama keaslian dan lengkapanya sudah terjamin oleh Allah swt namun pada fasa kedua memerlukan pengawasan dari utusan Allah tersebut.    

Bersambung...