Kesempurnaan Agama I


Hujan merintis gerimis di pagi hari, aku berjalan sambil menyenteng kainku ku agar tidak dibasahi percikan air hujan yang jatuh ke tanah. Berjalan-jalan di taman halaman madrasah yang dihiasi kolam dan pepohonan yang menyegarkan namun ia tidak dapat menenangkan hatiku yang gusar. Kusut dan bersimpul raut akalku bersama jiwa yang resah kerana fikirku apa gunanya aku sibukan diri dengan kitab falsafah yang penuh dengan istilah-istilah yang aneh sedangkan umat islam saling berbunuhan atas nama sengketa mazhab, di manakah rahmatnya agama ini? di mana silapnya?
Aku menyakini dan beriman bahawa Tuhan itu Maha bijaksana, Dia Hakim dan oleh sebab itu setiap perkara yang dijadikannya memiliki tujuan tertentu.
“أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا”
(Maka apakah kamu mengira bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara sia-sia...)
Tuhan itu Hakim dan juga Adil maka agama yang diturunkanNya kepada manusia meliputi maslahah dan menghindari mafsadah kehidupan didunia mahupun kehidupan di akhirat kelak.
Agama membawa kesejahteraan manusia bukan membunuh manusia atas nama agama. Agamaku tidak mengajar membenci agama lain, agamaku mengajar menyelamatkan dan mempertahan kelangsungan kehidupan manusia.
Aku juga tidak bersetuju dengan Marxist yang meletakan manusia segalanya, humanism bukanlah batu ukur kebenaran untuk menyelamat manusia, Karl Marx di dalam Critique of Hegel’s Philosophy of Right menyatakan :
“Manusialah yang membentuk agama, bukan agama yang membentuk manusia…”
Jadi pendirianku manusia harus mengikut agama bukan agama mengikuti manusia, namun apa yang terjadi hari ini adalah keganasan manusia atas nama agama, membunuh, melempiaskan hawa nafsu atas nama agama, dimana rahmatnya?
Di dalam menjaga hak-hak manusiawi dalam kebebasan beragama aku tidak meminggirkan kebenaran agama dan mazhab. Kebenaran tetap satu sebagaimana hadis 73 firqah, namun sebagai manusiawi aku mencari kebenaran yang satu itu dan aku ingin tampilkannya kerana aku percaya semua manusia yang pelbagai aliran dapat bernaung dibawah rahmatnya. Mereka akan selamat!
Selama 3 hari jiwaku memberontak untuk mengatakan sesuatu setelah aku bertafakur pada ayat 3 dan 67 surah Al-Maaidah, suatu yang mungkin baharu bagi teman-temanku, mungkin juga suatu penentangan. Ah, pedulikan!!
Agamaku berfirman :
الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
“ Pada hari ini, orang-orang kafir telah berputus asa dari agama kamu, oleh sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku redhakan islam itu menjadi agama untuk kamu”
Tuhan semesta alam telah mengangkat Nabi Muhammad saw sebagai UtusanNya, dan Dia berkata Aku telah sempurnakan agamamu, Aku cukupkan nikmatmu dan Aku redha islam sebagai agamamu. Ada tiga tema penting dalam ayat ini, Kesempurnaan agama, lengkapnya nikmat dan Keredhaan Pencipta atas agama ini.
Udara terasa dingin sekali dengan tiupan angin, aku melangkah menuju ke kamarku menyediakan sekancir the yang ditambahkan sedikit haruman za’faron. Aromanya tidak dapat menyelesaikan kekhuatiranku.
Mungkin ada manusia cuba menyangkah omonganku tadi dan berkata kepadaku, “engkau telah memotong ayat Tuhan,mangambilnya pertengahannya sahaja, di mana pangkal dan di mana hujungnya?! Engkau hanya mengambil bahagian-bahagiannya kemudian menakwil mengikut hawa nasfumu!
Ya, aku mengambil bahagian tengah dari ayat ketiga ini, tetapi ketahuilah teman,ayat ini adalah ayat mutaaridah, ayat yang jika ketiadaannya tidak menganggu maksud asal ayat yang ada, ayat tiada hubungan secara lansung dengan pangkal dan hujung ayat yang terdapat dalam aya ketiga dalam surah Al-Maaidah ini. Pangkal dan hujung ayat adalah berkaitan dengan masalah fiqh, hukum halal dan haram sedangkan ayat ini berkait perbahasan akidah.( untuk kalian memahami apa maksudku ini, kalian harus rujuk ayat 3 dalam surah Al-Maaidah dan aku juga telah membuat rujukkan beberapa tafsir mengenai hal ini.)
Sekarang aku ingin membuka kunci-kunci yang terdapat dalam ayat ini supaya kalian semua dapat memahami kegusaranku, kenapa agama yang telah sempurna ini, yang telah lengkap malah telah diredhai tetapi gagal dalam misinya membawa rahmat kepada manusia, malah hari ini manusia paling ramai mati atas nama sengketa agama dan dimanakah rahmatnya?! Apakah agama ini penyebab pupusnya etnik manusia dimuka bumi ini?!
Kata Kunci
أَكْمَلْتُ = Aku sempurnakan
أَتْمَمْتُ = Aku lengkapkan
Sebelum anda menekan dua kata kunci ini untuk membuka halaman seterusnya aku perlu membawa satu lagi ayat untuk menjelaskan maksudku, ayat 40 surah Al-Ahzab ;
مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ
“ Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang lelaki diantara kamu, tetapi dia adalah utusan Allah dan penutup para nabi…”
Kata kunci ayat ini adalah (خَاتَمَ النَّبِيِّينَ), Apakah maksud (خَاتَمَ)? Setelah aku huraikan kata kunci ini, aku akan kaitkan dengan dua kata kunci yang aku katakan tadi supaya “password” itu menjadi sempurna.
Maksud (خَاتَمَ)
(خَاتَمَ) maksudnya penutup atau penamat bagi sesuatu. Ahli bahasa ada yang memaknakan ia sebagai “ism faail” yang bermaksud “ penamat” dan ada yang berpendapat ia sebagai ism maf’ul iaitu tamat atau dalam erti kata yang lain dengan berwasilahkannya sesuatu itu menjadi selesai dan tamat. Bila aku sebut “penamat atau penutup” terdapat dua perkara iaitu sesuatu yang menamatkan dan sesuatu yang ditamatkan, Rasulullah saw menjadi penamat bagi seluruh para nabi, bermula Nabi Adam a.s sehingalah penutupnya adalah Nabi junjungan Muhammad saw.
Adakah maksud penamat disini sekadar orang yang terakhir sebagai nabi yang berada dalam giliran? Tidak, bukan sahaja orang yang terakhir malah terakhir bagi makam nubuwwah (خَاتَمَ النَّبِيِّينَ), apakah maksudnya?
Maksudnya selain kewujudan manusia mendapat makam nabi, makam nabi itu sendiri iaitu yang mendapat khabar berita wahyu turut sampai pada garis akhirnya, apabila Alquran menyatakan nabi Muhammad saw adalah “khatamul anbiya’” maksudnya Nabi Muhammad adalah utusan yang terakhir menerima wahyu agama, setelahnya tiada lagi diturunkan wahyu agama, bukan sekadar manusia terakhir menjadi Nabi!
Persoalan?
Apabila makam Nabi sudah ditamatkan, dalam erti kata yang lain apabila khabar wahyu agama telah ditamatkan dengan Khatamul Anbiya iaitu baginda Rasulullah saw beerti tiada lagi khabar wahyu akan diturunkan, beerti agama yang lengkap, terakhir dan diredhai oleh Allah adalah agama islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.
Apakah kesempurnaan agama kerana tiada lagi khabar wahyu?
Apakah kesempurnaan agama kerana khatamul anbiya sebagai pengesahan yang kontrak ini sudah selesai?
Apakah kesempurnaannya kerana hukum ahkam mengenai agama diturunkan secara lengkap?
Yang jelas wahyu agama itu diturunkan secara berperingkat dan Nabi Muhammad saw adalah penutup segala Nabi, beerti tiada lagi wahyu agama diturunkan setelah baginda nanti, namun bagaimana kesempurnaan agama ? Bagaimana agama disempurnakan? Inilah yang aku ingin kaitkan dengan ayat 3 dalam surah Al-Maaidah.
Agama mencapai tujuannya apabila terdapat 3 faktor ini :
1- Asas utama agama adalah dengan penurunan wahyu berwasilah utusan Allah.
2- Penyampaian wahyu, penjagaan wahyu dan penerangannya.
3- Pelaksanaan, jika tiada perlaksaan dan pratikalnya maka tiada faedahnya wahyu itu diturunkan.
Sekarang, aku mohon sila beri perhatian apa yang aku ingin katakan, kalian baca kembali apa yang ingin disampaikan oleh ayat 3 surah Al-Maaidah ini, kalian kerahkan segala otak kalian, ilmu kalian untuk membuka rahsia disebalik ayat ini, ayat yang menjadi kunci permasalahan umat masa kini.
Maksud کمل (sempurna) dan تمم (lengkap)
Terlebih dahulu aku akan kupas maksud:
أَكْمَلْتُ = Aku sempurnakan
أَتْمَمْتُ = Aku lengkapkan
Menurut ahli bahasa yang terkenal, Raghib Isfahani di dalam kitab ‘Mufradad’nya kalimah (اتمام) dari kata akar (تمم) yang bermaksud :
تمام الشئ : انتهاؤه إلی حد لایحتاج إلی شئ خارج عنه و الناقص ما یحتاج إلی شئ خارج عنه
“ lengkap sesuatu maksudnya : sesuatu itu mencapai pada had yang ia tidak perlukan lagi sesuatu lain yang luar dari(bahagian) nya dan kurang itu adalah sesuatu yang memerlukan sesuatu yang luar atau lain yang (bahagian)darinya”
Manakala (اکمال) dari kata akar (کمل) bermaksud :
کمال الشئ حصول ما فیه الغرض منه فإذا قیل کمل ذلک فمعناه حصل ماهو الغرض منه
“ Kesempurnaan sesuatu apabila terhasil baginya tujuannya, apabila dikatakan sesuatu itu sempurna, ertinya telah terhasil apa yang dikehendaki darinya”
Oleh demikian, tingkatan bagi maksud ‘أَكْمَلْتُ’ ( Aku sempurnakan) lebih tinggi maksudnya dari ‘أَتْمَمْتُ’ (Aku lengkapkan) kerana setiap yang sempurna itu pasti lengkap tetapi setiap yang lengkap itu belum tentu sempurna. Kebiasaan maksud kesempurnaan itu pada kualiti setelah cukup baginya kuantiti. Contohnya lengkap dan sempurna boleh dilihat dalam ciptaan manusia;
Lengkap:
‘Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging.Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang lain.Maka maha Suci Allah, Pencipta Yang Paling Baik’
(14: Al Mukminuun)
Sempurna:
‘Dan Aku tidak akan menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu’
(56: Adz-Dzaariyat)
Baiklah, teman-teman sudah faham apa itu sempurna? Aku katakan tadi 3 faktor menjadi agama itu sempurna iatu bukan sahaja lengkap tetapi mencapai tujuannya :
1- Penurunan wahyu
2- Penyampaian, penjagaan dan penerangan.
3- Pelaksanaan.
Penurunan Wahyu
Berdasarkan worldview atau pandang alam tauhidi, Pencipta hanya Allah swt,maksudnya Pencipta alam ini hanya Allah swt tiada sekutu bagiNya. Oleh demikian ketika mana wujud ini hanya datang daripada Allah swt maka pemilik tunggal alam ini hanya lah Allah swt yang memiliki alam ini secara hakiki. Disaat alam ini diciptaNya dan pemilik tunggal secara hakiki adalah Dia maka yang berkuasa sepenuhnya mentabir alam ini juga hanyalah Allah swt, Dialah selayaknya memandu manusia yang tidak maksum ini menuju kepada tujuan ciptaannya maka oleh demikian secara rasionalnya wajib diturunkan wahyu sebagai kanun,syariat yang membimbing manusia ke arah tujuan penciptaannya. Dari situ Nabi diutuskan untuk menyampaikan wahyu ini.
Ada tiga faktor yang penting bagi agama pada fasa ini:
- Dalam makam wahyu Nabi dikhabarkan tidak berbicara melainkan wahyu;
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى ()
“ Dan tiada yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapan itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan”
- Dalam makam penyampaian wahyu, Allah khabarkan baginda tidak bakhil dalam menyampaikan wahyu ;
وَمَا هُوَ عَلَى الْغَيْبِ بِضَنِينٍ
“ Dan dia bukanlah seorang yang bakhil untuk menerangkan yang ghaib”
- Apa yang diperlukan oleh umat manusia sehingga hari kiamat telah diturunkan kepada jiwa baginda Rasulullah dalam bentuk wahyu.
مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ
“ Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam Al-Kitab”
Maka pada fasa pertama ini, agama telah lengkap pada kedudukannya kerana tiada apa yang tertinggal kerana kelengkapanya ada jaminan dari Allah swt.
Penerangan dan Pengawasan
Pada fasa kedua ini, wahyu agama islam akan bersama manusia sehingga hari kiamat kerana ia adalah agama terakhir dari Tuhan semesta alam dan manusia sentiasa memerlukan bimbingan wahyu untuk memandu manusia menuju tujuan ciptaannya. Di samping menyampaikan wahyu, Rasulullah juga menerangkan, menafsirkan, mendetailkan yang umum seperti solat, zakat, puasa dan lain-lain yang memerlukan bimbingan utusan Allah. Dalam fasa ini agama memerlukan seorang utusan untuk menjaganya dari tahrif dan penyelewengan dari segi makna dan maksud kerana dari segi fasa pertama keaslian dan lengkapanya sudah terjamin oleh Allah swt namun pada fasa kedua memerlukan pengawasan dari utusan Allah tersebut.    

Bersambung...